Labels
Bolasepak
Harimau Malaya
AFF Suzuki Cup
Facebook
Malaysia
Politik
Alexa
Anugerah Juara Lagu
Argentina
Bailtulmuqaddis
Bangladesh
Barisan Nasional
Berita
Bukit Jalil
Emanuel De Porras
Gereja
Google
Hiburan
Islam
Liga Malaysia
Nazmi Faiz Mansor
Negeri Sembilan
Panda
Pemain
Penyerang
Perlawanan Persahabatan
Port Dickson
Portugal
SC Beira-Mar
SEO
Umar Al- Khatab
Followers
Monthly Pageviews
Powered by Blogger.
Search
Thursday, December 6, 2012
Emanuel Matías De Porras (Cachi) |
Monday, November 26, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Monday, July 16, 2012
Google Panda
Google Panda adalah 1
perubahan kepada algoritma carian di Google, keputusan kedudukan yang telah dikeluarkan
pada bulan Februari 2011. Perubahan bertujuan untuk menurunkan PR "berkualiti
rendah tapak", dan mengembalikan kualiti tinggi PR berhampiran bahagian
atas carianhasil. CNET melaporkan lonjakan dalam kedudukan laman web berita dan
laman-laman web rangkaian sosial, dan penurunan dalam kedudukan untuk
laman-laman yang mengandungi sejumlah besar pengiklanan. Perubahan ini
dilaporkan menjejas kedudukan hampir 12 peratus daripada semua hasil carian. Tidak
lama selepas pelancaran Panda, banyak laman web, termasuk Google, webmaster
forum, menjadi penuh dengan aduan pengikis / hak cipta pelanggar mendapat
kedudukan yang lebih baik daripada laman web dengan kandungan asal. Pada satu
ketika, Google secara terbuka meminta data untuk membantu mengesan lebih baik.
Panda google telah menerima beberapa kemas kini sejak pelancaran asal pada
bulan Februari 2011, dan perubahan global pada April 2011. Untuk membantu
penerbit yang terjejas, Google memerlukan penasihat di blog, lantas memberikan
beberapa hala tuju untuk penilaian kualiti laman web.
Tuesday, May 22, 2012
Malaysia Boleh !!!
Aku sangat bangga akhirnya Nazmi Faiz Mansor terpilih mewakili kelab Divisyen 1 Portugal, S.C. Beira-Mar. Yang paling aku bangga, beliau berjaya mendapatkan tempat berdasarkan merit dan bukannya menjalani latihan seperti pemain Malaysia sebelum ini.
Kelab S.C Beira-Mar bukannya kelab cikai Portugal. Striker tersohor Porto, Mário Jardel (Brazil) pernah mewakili kelab ini pada musim 2006-2007. Malah pada tahun 1976, lagenda S.L. Benfica dan Portugal, Eusébio pernah beraksi bersama kelab ini. Kalau korang tak kenal sapa Eusébio dan Mário Jardel klik jer kat nama kedua-dua pemain tersebut, boleh baca di wikipedia.
Poster khas aku buat untuk Nazmi Faiz Mansor. Semoga Berjaya !

Nazmi Faiz Mansor |
Monday, April 16, 2012
Nak kongsi sikit info web paling popular di Malaysia. Walaupun data tak berapa tepat tapi boleh pakai berdasarkan populariti Alexa.
No. 1: Facebook
Ni akaun yang WAJIB ada jika pengguna dari Malaysia. Boleh diibaratkan sebagai tempat sosial, cari rakan lama, berkongsi pendapat malah tempat bergaduh pun boleh... hehehe
No. 2: Google Malaysia (www.google.com.my)
Enjin carian paling popular di dunia dan Malaysia. Kat sini juga kita boleh buka akaun email Gmail, ID Google yang boleh digunakan untuk You Tube, Picasa, Blogger & Blogspot dan banyak lagi application lain yang disediakan oleh Google. Kalau tak tau apa-apa tanya jer "atuk" Google ni ... mesti dapat jawapannya.

Monday, April 9, 2012
Aku petik berita ni walaupun dah lama sebab ada pendapat nak aku luahkan. Maaf, sumber berita terlupa pulak, tapi yang pasti surat khabar berbahasa Melayu :).
Port Dickson diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh Dato Seri Najib Tun Razak pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.
Berita itu sebenarnya agak mengejutkan, kerana Port Dickson sendiri lebih terkenal dengan pantai peranginan terkemuka di Malaysia berikutan jarak yang berdekatan dengan Kuala Lumpur. Walaupun kewujudan pusat latihan tentera dan muzium telah lama, ianya bukanlah menonjolkan Port Dickson sebagai bandar tentera.

Tuesday, February 14, 2012
Sebenarnya aku dah muak dengan politik. Buat sakit kepala jer. Bukannya makin menyenangkan ... malah kadangkala boleh mengganggu fikiran kita.
Minat aku pada politik hanya nak mengambil tau supaya tidak ketinggalan dengan isu semasa. Bagi aku politik sekarang ni adalah masa depan untuk anak-anak. Jika kita silap percaturan pada masa ini, akan pertaruhkan masa depan kita akan datang.
Apabila pilihanraya makin menjelang, makin kuat kata-mengata, tunjuk jaguh sesama ahli politik dikalangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tak ketinggalan di kalangan ahli bebas. Kadang-kadang pertembungan berlaku sesama ahli parti. Bagi mereka yang membebankan parti sepatutnya dah lama letak jawatan. Tanpa mengira ketinggian jawatan, maruah setiap parti harus dijaga.

Sunday, January 29, 2012
Tahniah pada pencipta Datuk M.Nasir, penulis lirik Budi Hikayat dan penyanyi lagu "Awan Nano" Hafiz AF7 yang berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26 yang berlangsung pada malam tadi, 29 Januari 2011. Kemenangan yang paling tidak disangka, bak kata penciptanya "Sifu" Datuk M.Nasir dalam ucapannya yang berkata, "Ini semua nasiblah, budak-budak muda ni semua begitu hebat". Ternyata Datuk M. Nasir tidak memandang rendah 14 lagu yang bertanding pada kali ini.
Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano. Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim.

Subscribe to:
Posts
(Atom)