Followers

Monthly Pageviews

Powered by Blogger.

Search

Thursday, December 6, 2012
Emanuel Matías De Porras (Cachi)
Risau jugak berita perpinadahan pemain Liga Malaysia. Balik-balik Johor, T. Team, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor. Negeri Sembilan senyap jer. Takder khabar berita. Pemain yang keluar ramai. Yang masuk penjaga gol. Alih-alih penutup saat pendaftaran pemain, masuk mamat Argentina. Ikut dari jurulatih memang dah kenal pemain ni. Ni ada maklumat sikit pasal Emanuel De Porras. Rasanya boleh meledak gol banyak ni kalau tengok rekod 2011 mewakili Jakarta FC 12 Gol untuk 10 perlawanan. Terbaiklah Manuel !!!

Monday, July 16, 2012

Google Panda

Google Panda adalah 1 perubahan kepada algoritma carian di Google, keputusan kedudukan yang telah dikeluarkan pada bulan Februari 2011. Perubahan bertujuan untuk menurunkan PR "berkualiti rendah tapak", dan mengembalikan kualiti tinggi PR berhampiran bahagian atas carianhasil. CNET melaporkan lonjakan dalam kedudukan laman web berita dan laman-laman web rangkaian sosial, dan penurunan dalam kedudukan untuk laman-laman yang mengandungi sejumlah besar pengiklanan. Perubahan ini dilaporkan menjejas kedudukan hampir 12 peratus daripada semua hasil carian. Tidak lama selepas pelancaran Panda, banyak laman web, termasuk Google, webmaster forum, menjadi penuh dengan aduan pengikis / hak cipta pelanggar mendapat kedudukan yang lebih baik daripada laman web dengan kandungan asal. Pada satu ketika, Google secara terbuka meminta data untuk membantu mengesan lebih baik. Panda google telah menerima beberapa kemas kini sejak pelancaran asal pada bulan Februari 2011, dan perubahan global pada April 2011. Untuk membantu penerbit yang terjejas, Google memerlukan penasihat di blog, lantas memberikan beberapa hala tuju untuk penilaian kualiti laman web.
Tuesday, May 22, 2012
Malaysia Boleh !!!

Aku sangat bangga akhirnya Nazmi Faiz Mansor terpilih mewakili kelab Divisyen 1 Portugal, S.C. Beira-Mar. Yang paling aku bangga, beliau berjaya mendapatkan tempat berdasarkan merit dan bukannya menjalani latihan seperti pemain Malaysia sebelum ini.

Kelab S.C Beira-Mar bukannya kelab cikai Portugal. Striker tersohor Porto, Mário Jardel (Brazil) pernah mewakili kelab ini pada musim 2006-2007. Malah pada tahun 1976, lagenda S.L. Benfica dan Portugal, Eusébio  pernah beraksi bersama kelab ini. Kalau korang tak kenal sapa Eusébio dan Mário Jardel klik jer kat nama kedua-dua pemain tersebut, boleh baca di wikipedia.

Poster khas aku buat untuk Nazmi Faiz Mansor. Semoga Berjaya !

Nazmi Faiz Mansor

Monday, April 16, 2012
Nak kongsi sikit info web paling popular di Malaysia. Walaupun data tak berapa tepat tapi boleh pakai berdasarkan populariti Alexa.

No. 1: Facebook
Ni akaun yang WAJIB ada jika pengguna dari Malaysia. Boleh diibaratkan sebagai tempat sosial, cari rakan lama, berkongsi pendapat malah tempat bergaduh pun boleh... hehehe

No. 2: Google Malaysia (www.google.com.my)
Enjin carian paling popular di dunia dan Malaysia. Kat sini juga kita boleh buka akaun email Gmail, ID Google yang boleh digunakan untuk You Tube, Picasa, Blogger & Blogspot dan banyak lagi application lain yang disediakan oleh Google. Kalau tak tau apa-apa tanya jer "atuk" Google ni ... mesti dapat jawapannya.