Followers

Monthly Pageviews

Powered by Blogger.

Search

Tuesday, May 22, 2012
Malaysia Boleh !!!

Aku sangat bangga akhirnya Nazmi Faiz Mansor terpilih mewakili kelab Divisyen 1 Portugal, S.C. Beira-Mar. Yang paling aku bangga, beliau berjaya mendapatkan tempat berdasarkan merit dan bukannya menjalani latihan seperti pemain Malaysia sebelum ini.

Kelab S.C Beira-Mar bukannya kelab cikai Portugal. Striker tersohor Porto, Mário Jardel (Brazil) pernah mewakili kelab ini pada musim 2006-2007. Malah pada tahun 1976, lagenda S.L. Benfica dan Portugal, Eusébio  pernah beraksi bersama kelab ini. Kalau korang tak kenal sapa Eusébio dan Mário Jardel klik jer kat nama kedua-dua pemain tersebut, boleh baca di wikipedia.

Poster khas aku buat untuk Nazmi Faiz Mansor. Semoga Berjaya !

Nazmi Faiz Mansor



Kat bawah ni aku google pasal Nazmi dan buat sedikit olahan:

Nazmi Faiz atau Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor (lahir 16 Ogos 1994 di Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia), adalah pemain bola sepak Malaysia yang kini sedang bermain untuk SC Beira-Mar di Liga Primeira sebagai Pemain Tengah.

Nazmi adalah sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia U-23 yang memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011 untuk kali kedua dalam sejarah mereka.

Temuramah pertama. Saja tak terjemah, biar teks asal :)
On his first interview for S.C. Beira-Mar,
"It's hard to describe what I feel right now. This was my big chance and luckily I did. Playing in Europe was a long time, my big dream. I am extremely happy and motivated for this step I have to go. I liked the Beira-Mar from the first moment and I've found the right place to evolve. I was very well received by all, but I emphasize the words of coach Ulisses Morais and Captain Hugo. His teachings are precious to me and my learning at the Beira-Mar and Portuguese football, which is famous anywhere in the world. Everything I do to take this opportunity to become a better player and honor my country. Those are my big goals."
 —Nazmi Faiz

Pada 21 Mei 2012, Nazmi berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Portugis, SC Beira-Mar selepas scouted oleh kelab berasaskan Aveiro.

Maklumat Peribadi:
Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: Ogos 16, 1994 (umur 17)
Tempat Lahir: Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian: 1.67m
Posisi: Pemain Tengah 

Maklumat Kelab
Kelab Semasa: S.C. Beira-Mar
Nombor: 8

Kerjaya Awal
2009-2011 Bukit Jalil Sekolah Sukan

Pasukan
2011-2012: Harimau Muda B - Perlawanan19 (Jaringan - 0)
2012: Harimau Muda - Perlawanan 10 (Jaringan - 2)
2012:  S.C. Beira-Mar - Perlawanan 0 (Jaringan - 0)

Pasukan Kebangsaan
2011 - Kini Malaysia U-23

0 comments: