Followers

Monthly Pageviews

Powered by Blogger.

Search

Tuesday, November 20, 2012

Rekod Pertemuan Malaysia vs Bangladesh
Kemaskini: Keputusan Penuh
Malaysia 1
Bangladesh 1

Malam ni Malaysia akan menentang Bangladesh, perlawanan persahabatan terakhir sebelum sepak mula AFF Suzuki Cup 2012 selaku JUARA BERTAHAN !
Berikutan kegagalan untuk merekodkan kemenangan tunggal dalam tiga perlawanan persahabatan, kita selaku juara bertahan akan menjadi terdesak untuk mencari kemenangan apabila menentang Bangladesh di Bukit Jalil hari ini.

Apa yang kita inginkan pada perlawanan ini ? Sebelum ini kita tewas pada 2 pasukan terkuat Asia Tenggara Vietnam dan Thailand. Manakala hanya mencatat keputusan seri dalam perlawanan dengan Hong Kong dimana kita menghadiahkan gol penyamaan kepada pasukan Hong Kong hasil kesilapan Aidil dan Apek.

Tidak banyak yang diketahui tentang Bangladesh yang kalah  5-0 kepada Thailand tiga hari lalu. Digelar Bengal Harimau, negara Asia Selatan secara rasmi menduduki ranking 171 di dunia. Kali terakhir mereka memenangi permainan lebih setahun yang lalu menewaskan Lebanon 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Dhaka.

Memang Bangladesh pasukan yang lemah. Ni ada rekod pertemuan diantara Malaysia vs Bangladesh berdasarkan rekod FIFA. Berdasarkan rekod 7 perlawanan lalu, Malaysia menang 6 dan kalah sekali iaitu pada tahun 1982 !!!. Wow menarik jugak rekod ni, sebab kita digembar-gemburkan kehebatan skuad Malaysia zaman silam (60an hingga 80an). Bagaimana kita tewas pada perlawanan yang dilangsungkan pada 26 November 1982 tahun. Hari ini 20 November 2012 beza 6 hari 30 tahun lepas kita pernah kalah pada Bangladesh !!!.

Apapun keputusan pada malam ini, diharap media, FAM dan sekelilingnya duduk diam-diam untuk meredakan tekanan yang memncak di bahu Dato K. Rajagopal dan para pemainnya.

Ramalan
Malaysia       1
Bangladesh   0

0 comments: