Followers

Monthly Pageviews

Powered by Blogger.

Search

Tuesday, February 14, 2012
Sebenarnya aku dah muak dengan politik. Buat sakit kepala jer. Bukannya makin menyenangkan ... malah kadangkala boleh mengganggu fikiran kita.

Minat aku pada politik hanya nak mengambil tau supaya tidak ketinggalan dengan isu semasa. Bagi aku politik sekarang ni adalah masa depan untuk anak-anak. Jika kita silap percaturan pada masa ini, akan pertaruhkan masa depan kita akan datang.

Apabila pilihanraya makin menjelang, makin kuat kata-mengata, tunjuk jaguh sesama ahli politik dikalangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tak ketinggalan di kalangan ahli bebas. Kadang-kadang pertembungan berlaku sesama ahli parti. Bagi mereka yang membebankan parti sepatutnya dah lama letak jawatan. Tanpa mengira ketinggian jawatan, maruah setiap parti harus dijaga.


Dan diperhatikan juga apabila isu umat Islam diperjuang dikalangan pemimpin Islam parti kerajaan atau pembangkang, pasti ada pemimpin "BUKAN ISLAM" sibuk nak beri pandangan walaupun ilmu tentang Islam kadang-kala hampir sifar. Masalah halal haram pun belum tentu faham, inikan pula asas kehidapan Islam yang sememangnya indah, adil dan saksama.

Saja aku tak nak sentuh mana-mana parti sebab bagi aku facebook tempat kita berkawan dan bukan mencari lawan. Lebih baik cari ilmu dari dok mengata orang lain. Yang terlalu fanatik pada parti, ingat mungkin satu hari nanti anda akan telan kata-kata anda pada masa depan. Hari ini jadi penyokong kerajaan esok dah jadi penyokong pembangkang dan sebaliknya.

Akhir sekali, jika nak komen, update status anda di Facebook ingatlah apa yang anda taip akan kekal di sini. Ramai dikalangan anda mempunyai anak saudara, emak saudara, bapa saudara, anak, bapak, ibu dan lain-lain. Jadi jaga bahasa dan berilah contoh yang baik untuk generasi akan datang. Tak mustahil satu hari nanti Dato Mufti Perak akan keluarkan fatwa facebook haram kerana penggunaan yang salah.

0 comments: