Labels
Bolasepak
Harimau Malaya
AFF Suzuki Cup
Facebook
Malaysia
Politik
Alexa
Anugerah Juara Lagu
Argentina
Bailtulmuqaddis
Bangladesh
Barisan Nasional
Berita
Bukit Jalil
Emanuel De Porras
Gereja
Google
Hiburan
Islam
Liga Malaysia
Nazmi Faiz Mansor
Negeri Sembilan
Panda
Pemain
Penyerang
Perlawanan Persahabatan
Port Dickson
Portugal
SC Beira-Mar
SEO
Umar Al- Khatab
Followers
Monthly Pageviews
Powered by Blogger.
Blog Archive
Search
Sunday, January 29, 2012
Tahniah pada pencipta Datuk M.Nasir, penulis lirik Budi Hikayat dan penyanyi lagu "Awan Nano" Hafiz AF7 yang berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26 yang berlangsung pada malam tadi, 29 Januari 2011. Kemenangan yang paling tidak disangka, bak kata penciptanya "Sifu" Datuk M.Nasir dalam ucapannya yang berkata, "Ini semua nasiblah, budak-budak muda ni semua begitu hebat". Ternyata Datuk M. Nasir tidak memandang rendah 14 lagu yang bertanding pada kali ini.
Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano. Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim.
Persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.
Sebenarnya aku pun tidaklah mengikuti sangat Anugerah Juara Lagu kali ini. Kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga menyebabkan aku tak berapa tahu lagu mana yang menjadi pilihan ramai. Malah yang paling kelakar, aku tak tahu pun Datuk M.Nasir adalah pencipta lagu Awan Nano !!!
Cuma aku rasa Alyah atau Najwa Latif berpeluang cerah untuk menang. Lagu Alyah ternyata berjaya memikat aku dengan kekuatan melodi yang kuat serta vokal yang mengagumkan. Cuma kemenangan persembahan terbaik agak memeranjatkan aku. Mungkin kemunculan Remy Ishak membawa impak yang cukup kuat sehingga dipilih memenangi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu.
Manakala Najwa pula bagi aku, berjaya mencipta sebuah lagu yang "happening" untuk didengar. Dengan umur yang masih muda, hanya 16 tahun Najwa berjaya membuatkan video klip "Cinta Muka Buku" ditonton 5 juta penonton di laman web "You Tube" yang turut berjaya menaikkan nama Najwa sebagai antara penyanyi baru dan pencipta lagu di arena industri tanah air.
Apapun dengan barisan 30 juri yang digunakan oleh TV3 pada kali ini, ternyata mereka lebih layak menilai lagu yang terbaik di kalangan 14 lagu paling popular sepanjang tahun 2010.
Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).
Tahniah pada stesyen TV3 yang berjaya menampilkan gandingan pengacara yang baik Cheryl Samad dan Faizal Ismail serta pentas yang tak pernah aku lihat sebelum ini.
Sangat unik, cantik dan menarik sehingga anak aku yang bongsu berusia 1 tahun pun dapat mengikuti dan menepuk tangan sedangkan satu-satunya rancangan TV yang berjaya menarik minat dia hanyalah kartun Boboy Boy !.

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment