Labels
Bolasepak
Harimau Malaya
AFF Suzuki Cup
Facebook
Malaysia
Politik
Alexa
Anugerah Juara Lagu
Argentina
Bailtulmuqaddis
Bangladesh
Barisan Nasional
Berita
Bukit Jalil
Emanuel De Porras
Gereja
Google
Hiburan
Islam
Liga Malaysia
Nazmi Faiz Mansor
Negeri Sembilan
Panda
Pemain
Penyerang
Perlawanan Persahabatan
Port Dickson
Portugal
SC Beira-Mar
SEO
Umar Al- Khatab
Followers
Monthly Pageviews
Powered by Blogger.
Blog Archive
Search
Monday, April 9, 2012
Aku petik berita ni walaupun dah lama sebab ada pendapat nak aku luahkan. Maaf, sumber berita terlupa pulak, tapi yang pasti surat khabar berbahasa Melayu :).
Port Dickson diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh Dato Seri Najib Tun Razak pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.
Berita itu sebenarnya agak mengejutkan, kerana Port Dickson sendiri lebih terkenal dengan pantai peranginan terkemuka di Malaysia berikutan jarak yang berdekatan dengan Kuala Lumpur. Walaupun kewujudan pusat latihan tentera dan muzium telah lama, ianya bukanlah menonjolkan Port Dickson sebagai bandar tentera.
Artikel kali ini bukanlah untuk mempertikaikan perisytiharan tersebut, tetapi hanya untuk menyemarakkan lagi serta menaikkan lagi Port Dickson sebagai bandar tentera darat. Aku sebenarnya telah lama memendam perkara ini. Kini mungkin masa yang sesuai untuk diluahkan:
Sebagai bandar tentera darat, selain muzium pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Perbandaran Port Dickson mungkin boleh bekerjasama untuk membenarkan pengunjung menaiki kenderaan tentera, seperti kereta perisai, trak, dan lain-lain lagi mengelilingi tempat-tempat menarik di Port Dickson dan sudah tentu dengan sedikit bayaran. Tentu ianya akan lebih menarik, dan akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan sekiranya berkunjung ke Port Dickson.
Yang kedua aku nak luahkan ialah kenapa pengunjung ke pantai Port Dickson, terutama Telok Kemang tidak dikenakan bayaran parkir kereta oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson. Agak pelik, kerana jika di tempat lain minimum bayaran RM 2.00 - RM 5.00 sudah tentu dikenakan. Tentu duit kutipan parkir tersebut dapat digunakan untuk mencantikkan pantai peranginan tersebut. Disebalik ketegasan Majlis Perbandaran Port Dickson berkenaan parkir terutama kepada penduduk tempatan dibandar Port Dickson, nampaknya di pihak pelancong diberi keistimewaan.
Sebenarnya ada lagi pendapat, tetapi sebab aku ni tak suka nak taip panjang-panjang, cukuplah buat kali ini. Jumpa lagi lain kali insyaAllah ...
- - - P e t i k a n B e r i t a - - -
MPPD usaha tingkat imej Bandar Tentera Darat
PORT DICKSON: Usaha memberikan imej yang baik dan memperhebatkan lagi status bandar ini sebagai Bandar Tentera Darat terus dilakukan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menerusi pelbagai aktiviti bukan saja berkaitan kebudayaan malah landskap.
Ia bertujuan memberi kelainan dan menarik perhatian pengunjung kerana daerah itu turut menjadi destinasi pelancongan terkenal di negara ini.
Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin berkata, pihaknya akan terus berusaha mencantikkan lagi daerah pelancongan itu bersesuaian dengan statusnya sebagai destinasi pelancongan terkenal dan pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
Menurut beliau, sejak pengisytiharan itu, jumlah pelancong dan pengunjung termasuk di Muzium Tentera Darat semakin menunjukkan peningkatan.
“Justeru, usaha mencantikkan lagi daerah ini perlu dilakukan supaya Port Dickson terus popular sebagai lokasi yang menarik dan wajar dikunjungi.
“Bersesuaian dengan status Bandar Tentera Darat, MPPD akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian yang lebih baik secara berperingkat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, pihaknya menyambut baik langkah MPPD itu.

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment