Followers

Monthly Pageviews

Powered by Blogger.

Search

Tuesday, February 14, 2012
Sebenarnya aku dah muak dengan politik. Buat sakit kepala jer. Bukannya makin menyenangkan ... malah kadangkala boleh mengganggu fikiran kita.

Minat aku pada politik hanya nak mengambil tau supaya tidak ketinggalan dengan isu semasa. Bagi aku politik sekarang ni adalah masa depan untuk anak-anak. Jika kita silap percaturan pada masa ini, akan pertaruhkan masa depan kita akan datang.

Apabila pilihanraya makin menjelang, makin kuat kata-mengata, tunjuk jaguh sesama ahli politik dikalangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tak ketinggalan di kalangan ahli bebas. Kadang-kadang pertembungan berlaku sesama ahli parti. Bagi mereka yang membebankan parti sepatutnya dah lama letak jawatan. Tanpa mengira ketinggian jawatan, maruah setiap parti harus dijaga.
Sunday, January 29, 2012
Tahniah pada pencipta Datuk M.Nasir, penulis lirik Budi Hikayat dan penyanyi lagu "Awan Nano" Hafiz AF7 yang berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26 yang berlangsung pada malam tadi, 29 Januari 2011. Kemenangan yang paling tidak disangka, bak kata penciptanya "Sifu" Datuk M.Nasir dalam ucapannya yang berkata, "Ini semua nasiblah, budak-budak muda ni semua begitu hebat". Ternyata Datuk M. Nasir tidak memandang rendah 14 lagu yang bertanding pada kali ini.

Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano. Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim.