Followers

Monthly Pageviews

Powered by Blogger.

Search

Tuesday, February 14, 2012
Sebenarnya aku dah muak dengan politik. Buat sakit kepala jer. Bukannya makin menyenangkan ... malah kadangkala boleh mengganggu fikiran kita.

Minat aku pada politik hanya nak mengambil tau supaya tidak ketinggalan dengan isu semasa. Bagi aku politik sekarang ni adalah masa depan untuk anak-anak. Jika kita silap percaturan pada masa ini, akan pertaruhkan masa depan kita akan datang.

Apabila pilihanraya makin menjelang, makin kuat kata-mengata, tunjuk jaguh sesama ahli politik dikalangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tak ketinggalan di kalangan ahli bebas. Kadang-kadang pertembungan berlaku sesama ahli parti. Bagi mereka yang membebankan parti sepatutnya dah lama letak jawatan. Tanpa mengira ketinggian jawatan, maruah setiap parti harus dijaga.